Quantcast
Channel: rocky's bru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1323

Defeated by small minds, Zam bids goodbye to socio-political blogging

$
0
0
Zam (2nd from left): A blogger can't even have breakfast in peace

Jan 20: Tokoh Wartawan Negara Zainudin Maidin has published what he says would be his last socio-political piece on his blog Zamkata. "I'm tired of the pettiness ... the lack of professionalism: I had breakfast once with Tun Daim and I was accused of being part of his "team". I was invited to a meeting with Dr Mahathir with a friend or two, and I'm accused of being part of a conspiracy to bring down (Prime Minister) Najib ..." 
I wish Zam had not listened to them. His blog has been on the main blog roll of Rocky's Bru since 2012, the year he started blogging, and my own readers appreciate Zam's writings even though they may not totally agree with everything he stands for. Zam's retirement, to me, will be a big loss to fair and truthful reporting in Malaysian blogosphere. 
I reproduce Zam's farewell piece (but please go to his blog h e r e if you wish to leave comments for him):


MONDAY, 19 JANUARY 2015


SALAM TERAKHIR ZAM PADA PENULISAN POLITIK SEMASA

TUN M :"NABI PUN TAK BOLEH BETULKAN DUNIA"


Amanat President Pertama Indonesia Soekarno: Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri- dari T. Shirt yang dibeli kawan di Yogyakarta.

SALAM TERAKHIR.........

Setelah menimbangkan dari semua aspek, kepentingan kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan,tekanan dan pencemaran nama di hari tua , maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dari penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata  sejak  dilancarkan pada 8 ogos 2012.

Setakat ini pengunjung blog ini telah mencapai lebih 1.5 juta dan pelawat setiap hari antara dua ribu hingga tiga ribu  lebih dan pernah mencapai antara  lapan hingga sepuluh ribu bergantung kepada sesuatu isu semasa. 

Sepajang lebih  50 tahun dalam bidang  kewartawanan,  saya tidak pernah menjadi penulis upahan. Berkhidmat kepada Utusan Melayu  dengan kesetiaan kepada dasar kepartian dan kepimpinannya  dan tidak tunduk kepada fiction. Maka itu saya tersingkir dari Ketua Pengarangnya.

Penulisan buku mengenai  Tun  Dr. Mahathir (Mahathir Di Sebalik Tabir) dan Tun Abdul Razak ( Jejak Bertapak Seorang Patriot) adalah atas kemahuan dan kerelaan saya sendiri kerana mencintai mereka sepenoh hati sebagai pahlawan dan negarawan bangsa.

Setelah bersara dari politik, berbagai pihak datang menemui saya  meminta  saya untuk  mengetuai NGO, membantu sebagai penasihat parti, menawarkan jawatan pengarah syarikat atau institusi pelajaran tetapi saya telah menolak semuanya kerana saya mahu bebas dalam persaraan, kecuali meneruskan penulisan.

Namun demikian dalam bersendirian juga saya dianggap mempunyai sandaran.

Kepercayaan dan setiakawan saya kepada kepimpinan  politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan dicemarkan oleh kerana perbezaan fikiran , penilaian dan  ketakutan pada  mimpi ngeri politik masa depan pihak yang semakin sedar akan kemerosotan pengaruh dan kekuatan. Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan.

Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan. Tun Daim dan Anwar Ibrahim yang bersama  bertanggungjawab dalam menyingkirkan saya dari kedudukan jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu dalam tahun 1993 juga tahu pendirian saya.

Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun Mahathir bersama seorang dua rakan telah dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Jika demikian,bolehkah saya juga  membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra UMNO menyiarkan ancaman Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim  untuk membongkar keburukan Bekas Meneri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah bererti  Najib berkonspirasi  dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kedudukannya ?

Pada ketika-ketikanya saya ketawa pada diri sendiri kerana mimpi ngeri terhadap diri saya lebih besar dari diri saya yang sebenanrnya. Saya  tidak mempunyai kawan  sejati dalam politik, kerajaan  atau mana mana pertubuhan kecuali rakan-rakan wartawan.

Saya selalu disebut oleh media sosial sebagai sekutu Mahathir atau rakan Mahathir tetapi Mahathir pernah menyatakan dalam  majlis pelancaran buku 'Jejak Bertapak Seorang Patriot Tun Abdul Razak': "Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang ada kalannya menyukarkan ."

Barangkali saya adalah di antara ribuan  wartawan dan penulis yang terus mendukung  idealisme kewartawanan  untuk perjuangan  membetulkan dunia dan manusia   tetapi saya tetap sedar dengan kata-kata Dr Mahathir pada suatu hari apabila  saya  memberitahunya  semasa menjadi Perdana Menteri tentang penyelewengan dan kecurangan orang-orang penting di  dalam pemerentahannya, “ Zam, Nabi pun tak boleh betulkan dunia ini,”katanya.

Saya telah berkhidmat sebagai wartawan  dari sejak  era  Perdana Menteri Pertama Tun Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Husssein Onn hinggalah Tun Mahathir yang membawa saya ke dalam politik  dan setelah bebas dari dunia politik,saya kembali menjadi penulis   di akhbar dan di blog saya sendiri  terutama sekali mengenai  politik semasa.

Saya telah menyaksikan sendiri dari dekat pemimpin bertukar ganti, pemimpin yang mengkafir orang sanggup menjadi 'kafir', Firman  Quran dan Hadis disesuaikan  dengan selera sendiri  untuk kuasa, Kuasa adalah kuasa, manusia adalah manusia, Yang berkuasa mahu   mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Saya mengucapkan salam terakhir kepada peminat setia tulisan  politik saya  di blog ini.

 Persaraan ini bukan bererti saya akan meninggalkan dunia penulisan tetapi  akan lebih menumpu  kepada  sejarah negara yang saya lalui sendiri, cerita masyarakat, sosial dan agama ,  pengalaman yang tersirat tetapi belum tersurat dalam perjalanan panjang keseluruh pelusuk dunia sebagai wartawan. Kacamata  kewartawanan tetap menjanjikan seribu satu macam kebahagian dalam ilusi, mimpi dan realiti dan tidak hanya politik.
.
Kepada rakan-rakan wartawan yang terus berjuang untuk membetulkan pimpinan negara menerusi penulisan, kuatkanlah semangat. Kehormatan diri tidak kekal dalam wang seguni. Kenalilah  nilai kewartawanan sejati.
.
Dan inilah sebuah sajak dari saya" Bangunkan Semangat Jokowi" yang membuktikan saya masih percaya kuat kepada  journalisme sebagai senjata demokrasi untuk reformasi dan transfomasi:

BANGUNKAN SEMANGAT JOKOWI

Setapak langkahku terhenti
Berjuta melangkah kedepan lagi
Dalam nyanyi semangat Jokowi
Tiada langit tiada bumi.
Tiada dinasti.

Mahathir dan P. Ramlee
Tidak pernah mati
Gagah  suara seindah  fajar pagi
Bangkitkan semangat putera putri
Ranapkan Dinasti

Sekali keris dipacak kebumi  
Minta maaf pantang sekali
Akan terpancarlah  darah rakyat  sejati
Menyamakan warna langit dan bumi

Bangunkanlah  semangat  Jokowi
Mahathir dan P.Ramlee tidak pernah mati
esok pagi akan lebih indah lagi
kerana sinarnya bukan lagi Dinasti.

ZAM 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1323

Trending Articles