Deraf PR Kes 17 (b)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius peningkatan jumlah tangkapan terhadap orang awam bagi kes-kes penawaran dan pemberian rasuah berbanding dengan penjawat awam pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2013 sahaja, hanya 60% daripada keseluruhan tangkapan adalah melibatkan orang awam dan selebihnya 40% terdiri dari penjawat awam.
Kebanyakan kesalahan orang awam ini melibatkan kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 iaitu penawaran dan pemberian rasuah kepada penjawat awam.
Lebih membimbangkan Suruhanjaya ini apabil terdapat kecenderungan kesalahan penawaran rasuah tersebut dibuat oleh individu terdiri daripada warganegara asing, dan warganegara jiran adalah antara individu teramai yang ditangkap dan dikenalpasti cuba merasuah penguatkuasa di negara ini.
Sehingga Oktober 2013, daripada keseluruhan tangkapan di bawah seksyen ini, seramai 46 tangkapan atau 42% tangkapan terhadap orang awam ini melibatkan warga asing yang menawar dan memberi rasuah kepada penjawat awam.
Pada tahun 2013, warga asing dengan Indonesia dan Singapura mencatat angka tertinggi iaitu seramai 23 warga Indonesia dan 10 warga Singapura telah ditangkap selepas memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa di negara ini, selepas melakukan kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.
Sementara itu, lapan tangkapan adalah warganegara Myanmar dan tujuh daripada Bangladesh, tiga daripada Pakistan dan 2 daripada Vietnam dan satu daripada Jepun.
Sehingga November tahun ini daripada keseluruhan tangkapan iaitu 426, seramai 134 (31%) tangkapan merupakan kesalahan di bawah seksyen 17(b) ASPRM 2009.
Negeri Johor dan Selangor mencatat tangkapan terhadap warga asing tertinggi hasil kerjasama melaksanakan operasi bersama antara Suruhanjaya ini bersama agensi penguatkuasaan di negeri terbabit.
Daripada jumlah tersebut, 58 individu telah dituduh di mahkamah dan 46 daripada mereka telah disabitkan bersalah. Jika disabit, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sepuluh ribu ringgit mana-mana yang lebih tinggi.
Datuk Hj Mustafar Ali
Pengarah Bahagian Siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya
16 November 2013